Sunday 25 January 2009

Home » » Cara menanam kelapa sawit

Cara menanam kelapa sawit

PENDAHULUAN

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan
tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).

Tanah gambut (lebih satu meter dalam),
tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau
bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis
tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan
penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam
anak-anak pokok kelapa sawit.

Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang
hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau
kawasan tanam semula.


Adalah penting operasi pembersihan ladang
dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai
tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa
mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual
kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut
arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang
penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan
gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:

  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya
    Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa
ditanam adalah:

  • Centrosema pubescens
  • Pueraria phaseoloides
  • Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari
pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan
Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti
berikut:

  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih
    kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara
    2 barisan pokok kelapa sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
  • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti
    berikut:-
Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
  • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja
    asas dengan kadar 56 kg/hektar.
  • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg
    sehektar mengikut jadual berikut:

























Umur KekacangKadar Baja Debu Fosfat
(kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang
jalur-jalur)
112
2 bulan112
6 bulan112
8 bulan112
12 bulan112

  • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan
    mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

PenanamanPenanaman: Anak benih sawit yang telah
berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman
adalah seperti berikut:-

  • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran
    lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah
    lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
  • Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
  • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam.
    Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti
    dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan
    tanah.
  • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
  • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan
    akarnya.
  • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari
    menanam pada musim kemarau.
  • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga
    segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman
    yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:






















Jarak Jumlah Pokok
Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 (55)

  • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan
    sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selinganTanaman selingan

Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman
kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama
selepas pokok sawit ditanam.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

  • Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

  • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan

  • kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan,
    air dan cahaya matahari.
  • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan
    itu.

Ternakan Ternakan :

Haiwan ternakan terutamanya kambing
biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping
menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Biologi

Institut Penyelidikan

Minyak Kelapa Sawit Malaysia

Peti Surat 10620,

50720 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment